Tuesday, December 23, 2008

Selamat Datang ke Agensi Pekerjaan Barakah

Kami hanya menyediakan pekerja Indonesia. Kami mempunyai 100% Maid sah yang disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Semua Maid ditemuguga, diperiksa dan dipilih atas dasar tujuan dibawah :

a) Untuk menjaga kanak-kanak dan bayi

b) Menjaga rumah

c) Menjaga orang tua dan yang sakit

Sehening Kalbu

MENCARI kerja pada zaman dahulu dengan zaman sekarang memang banyak perbezaannya. Jika dahulu proses pencarian pekerjaan dilakukan dengan usaha sendiri, tetapi pada zaman sekarang, mencari pekerjaan sudah menjadi perkara yang mudah.

Anda mempunyai dua pilihan apabila ingin mencari pekerjaan; iaitu sama ada dengan usaha sendiri atau dengan bantuan agensi pekerjaan yang banyak terdapat di negara ini.

Walaupun anda ingin menggunakan khidmat agensi pekerjaan, ini tidak bermakna anda menyerahkan segala tanggungjawab kepada agensi tersebut.

Anda masih perlu membuat perancangan sebelum berurusan dengan mana-mana agensi pekerjaan. Agensi pekerjaan yang profesional dan mempunyai reputasi tinggi tidak akan melayan semua calon yang meminta khidmat mereka.

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk menambat hati agensi pekerjaan agar mereka memilih dan membantu anda mencari pekerjaan yang anda idamkan?


Lakukan penyelidikan

Sebagai pihak yang ingin mencari kerja, selain daripada mempunyai ilmu, minat dan kemahiran tertentu, anda juga harus arif tentang senario pasaran pekerjaan waktu ini.

Apakah jawatan atau bidang yang paling laris di pasaran, adakah anda layak untuk memikul tanggung-jawab tersebut, apakah kelayakan yang diperlukan, berapa lama tempoh pengalaman yang diperlukan, berapakah gaji yang ditawar, adakah anda sanggup berhijrah dari tempat kediaman anda sekarang dan banyak lagi perkara yang anda perlu tahu.

Walaupun tugas mencari informasi ini adalah tanggungjawab pegawai-pegawai di agensi pekerjaan, tetapi tidak rugi jika anda turut membuat sedikit lanjut.

Pilih agensi profesional

Kita telah banyak terbaca dalam akhbar-akhbar tentang kes penipuan yang dilakukan oleh beberapa agensi pekerjaan. Ini telah mengakibatkan kerugian besar kepada calon-calon yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Agensi yang tidak bermoral ini sanggup menipu calon demi mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan ke atas situasi yang melanda negara, yakni lebihan pihak yang mencari kerja berbanding dengan kekosongan jawatan yang ditawar.

Jadi, sebelum memilih agensi pekerjaan, selidik latar belakang agensi tersebut seperti sudah berapa lama mereka beroperasi, berapa ramai yang berjaya mendapat pekerjaan melalui agensi tersebut, adakah calon-calon yang berjaya berpuas hati dengan jawatan dan berapakah bayaran yang dikenakan. Pastikan agensi tersebut menyediakan perjanjian bertulis yang menerangkan segala proses dan terma yang akan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Baca perjanjian tersebut dengan teliti dan dapatkan penerangan terperinci jika ada sesuatu perkara yang anda tidak faham sebelum menurunkan tandatangan di dalam perjanjian tersebut.

Perjanjian tersebut harus menguntungkan kedua-dua pihak. Perjanjian ini juga penting agar sekiranya berlaku sebarang penipuan, anda boleh mengheret pihak agensi ke mahkamah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sediakan resume menarik

Jika anda tidak pasti bagaimana cara menulis resume, anda boleh mendapatkan contoh-contoh melalui internet. Taip sahaja sample resume dan anda akan dihidangkan dengan bermacam-macam bentuk resume.

Ada contoh resume untuk jawatan sebagai pengarah, eksekutif, setiausaha dan dalam berbagai-bagai bidang yang lain. Pilihlah yang mana sesuai buat diri anda dan jawatan yang ingin anda pohon.

Resume yang kelihatan profesional akan mudah menarik perhatian agensi pekerjaan dari resume yang disediakan secara acuh tak acuh.

Sediakan senarai rujukan

Pastikan anda juga menyediakan senarai rujukan, yang terdiri dari ketua jabatan atau pegawai-pegawai yang anda pernah berkhidmat untuk mereka, yang boleh memberi keterangan mengenai kejayaan, watak, kemahiran, kekuatan dan kelemahan anda.

Setelah menyediakan segala dokumen yang diperlukan, buatlah temu janji dengan agensi pekerjaan untuk memberi keterangan yang lebih terperinci.

Jangan hanya bergantung kepada satu agensi pekerjaan, tetapi gunakan perkhidmatan beberapa agensi yang lain agar peluang untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi lebih luas.